Akhirnya orang asal dari suku Temuan yang diketuai oleh Sagong Tasi berjaya dalam tuntutan mereka terhadap kerajaan pusat, kerajaan negeri, LLM dan UEM setelah kes yang mengambil masa 15 tahun itu menuju kepenghujungnya. Jumlah pampasan sebanyak RM6.5 juta bukan lah isu disini tetapi kesedaran masyarakat orang asal tentang hak-hak mereka., jika sebelum ini orang asal terpinggir dari arus pembangunan dan sering ditindas, mereka ini telah mula menyedari betapa kerajaan BN bukan sebagai option terbaik untuk mereka. Kebangkitan rakyat yang berlaku sedikit sebanyak memberi jalan kepada pembelaan nasib mereka. Bayangkan sekiranya kerajaan negeri masih dipegang oleh BN yang diketuai oleh Khir @Botox@ Penyapu..? Inilah kesan limpahan dari gelombang kebangkitan rakyat diSelangor yang mana memberi impak positif kepada mereka yang mahu sedar dan menyedari hak hak mereka.
Bagaimana nasib orang Melayu.? Aku mencadangkan NGO's melayu(bukan PERKASA) bersatu hati dan mengemukakan saman terhadap UMNO kerana gagal merealisasikan DEB dan memperkasakan orang melayu secara keseluruhan. Dasar UMNO yang mengutamakan segelintir golongan melayu kroni jelas berlaku secara sistematik di zaman pemerintahan Mahathir, tapi majoriti masyarakat melayu kekal ditakuk lama, mengharap simpati dan belas ihsan untuk meneruskan kesinambungan hidup. Sebagai parti yang bermegah-megah sebagai parti pilihan orang melayu dan antara yang teramai ahinya, UMNO bukan hanya gagal 10% tapi 100%, penyelewengan demi penyelewengan, rasuah dan kemurahan intergriti telah menjadi sebahagian dari budaya kerja UMNO. Akhirnya agenda memperkasakan rakyat khususnya orang melayu menjadi slogan yang sedap didengar.
Ada orang melayu yang telah menerima ketentuan mereka, hanya mampu tertunduk dan menerima apa saja tindak tanduk pemerintah, tetapi dalam masa yang sama ada golongan melayu yang telah sedar dan bangkit menentang kerana bimbang dan sayangkan martabat bangsa mereka.. Oleh itu aku merasakan sudah sampai masanya, orang melayu yang sedar memulakan tindakan mahkamah terhadap UMNO dan mendedahkan segala kepincangan dan kepalsuan sebenar UMNO dan pemimpinnya.. Jika orang India boleh menolak MIC dan orang Cina menolak MCA, orang Melayu juga boleh .menolak UMNO demi survival bangsa kita.



.jpg)






